Pages

Bot Penambang HPA Pertama!





AlhamduliLLAH!
HPA telah melangkah setapak lagi ke hadapan.
Hujung minggu baru-baru ini, team Latihan & Promosi HPA Zon Borneo telah turun ke Jeti Kampung Boyan untuk menghangatkan lagi promosi dalam rangka memperkenalkan HPA dengan lebih meluas kepada masyarakat di negeri Sarawak.
Dengan hasrat ingin mengembangkan lagi syiar Islam melalui pemasaran produk Halal di Sarawak, HPA telah mengiklankan jenamanya melalui sebuah bot penambang di Jeti Boyan & Waterfront. Jeti Boyan yang terletak berdekatan tarikan pelancong seperti Kedai Kek Lapis terkenal di Sarawak – Dayang Salhah & juga kafe Barok merupakan lokasi strategik kerana ianya adalah antara laluan utama pelancong di sini, yang mana dirasakan berupaya untuk menaikkan lagi nama HPA sekaligus menzahirkan identiti HPA sebagai pengeluar produk Halal utama di Sarawak.
Semoga dengan strategi pemasaran seumpama ini, HPA semakin diterima dengan lebih meluas sekaligus menjadi identiti kepercayaan masyarakat Sarawak sebagai Harapan Paling Akhir, insyaALLAH!

Penghargaan: Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Juri bin Andey yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan promosi HPA melalui bot penambang beliau.  

Dilema Ayam: Fikir-Fikirkan...

Assalamu’alaikum wrh wbt, tetamu ziarah sekalian,

Sejenak saya teringat tentang hadith yang lebih kurang menyebut berkenaan di akhir zaman, kita tidak ada makanan selain daripada zikir semata-mata. Terfikir saya, adakah hadith tersebut perlu difahami dengan makna takwilan ataupun sememangnya hadith itu difahami secara langsung begitu, tanpa sebarang tafsiran. Saya kaitkan pula dengan trend zaman sekarang di mana makanan yang dihidangkan setiap hari kepada umat Islam terutamanya, banyak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan kadangkala sampai juga ke tahap haram.

Walau bagaimanapun, yang mengecewakan kita adalah masih ramai lagi pengguna Islam kita yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam bab memilih makanan. Ingatlah bahawa setiap yang tumbuh dari hasil makanan yang haram, maka neraka adalah layak baginya. Azab di dunia pula, doa dan amal kita dikhuatiri tidak diterima.

Kadangkala saya terfikir, adakah terlalu banyak babi diternak melebihi populasi lembu dan kambing sehinggakan haiwan itu yang dijadikan sebagai sumber lemak, enzim, bulu, kulit dan sebagainya? Adakah hanya dengan menggunakan bahan daripada haiwan berkenaan, kesedapan produk makanan adalah lebih terjamin dan tahan lebih lama?

Salah satu dilema yang melanda umat Islam di Malaysia mengenai bab makanan zaman sekarang ialah ayam serta kontroversi yang melingkari sekitarnya.

Dilema kerana ayam merupakan antara makanan pilihan utama sebagai diet orang Malaysia. Hampir setiap hari orang makan ayam. Dan tidak kurang juga yang merungut tentang kenaikan harga ayam.

Antara isu-isu sekitar ayam hari ni adalah:
- Penyembelihan yang tidak bersifat syara’ compliant / tidak menepati syara’
- Ayam diberi makanan yang mengandungi bahan-bahan meragukan
- Suntikan vaksin atau hormon, yang mana bahan suntikan tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur yang haram
- Kesan sampingan untuk jangka masa panjang terhadap kesihatan pengguna

Beberapa artikel dari keratan khabar dan juga tulisan bebas mengenai keraguan status halal ayam di Malaysia:

http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20070923100447/Article
http://groups.yahoo.com/group/blalang_group/message/54995
http://www.theecologist.org/archive_detail.asp?content_id=309


Ayam diberi enzim babi: Mudah busuk

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.


Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.

Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.


Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.


“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.

“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.

“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.

Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.


“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.

“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.

“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.
--------------------------------------------------

Mungkin wujud lagi beberapa tulisan yang menyangkal dakwaan ini, akan tetapi adalah dirasakan amat wajar untuk kita sebagai pengguna yang prihatin apatah lagi demi menjaga halal haram makanan kita agar berhati-hati dalam memilih ayam sebagai hidangan sekeluarga.

Tulisan ini bukanlah untuk mewajibkan tetamu ziarah sekalian untuk berpuasa dari memakan ayam, kerana alternative seperti ayam kampung ataupun mana-mana penternak yang boleh dipercayai masih ada. Seperti yang telah disebutkan tadi, ayam seolah-olah menjadi hidangan wajib bukan hanya di rumah, malah lebih-lebih lagi di kedai makan.

Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk memilih ayam yang tidak diragui kehalalan dan kesuciannya. Semoga terselamat kita semua daripada 'epidemik' ayam haram yang berbahaya ini.

WaLLAHua’lam.

SALAH LAKU CURI LINE

Salam seluruh warga HPA

GM mendapati masih ada lagi kejadian mencuri line berlaku. Suka di ingatkan bahawa sebarang usaha untuk melakukan penajaan curi line dengan kaedah matlamat menghalalkan cara adalah sama sekali bertentangan dengan etika MLMS HPA. Sebagai contoh, penajaan dilakukan atas nama syarikat bila mengetahui si individu tersebut sudah di taja.

Khusus kepada para Pemimpin dan Penaja, sewajibnya sekira mengetahui sesaorang yang ingin di taja sudah menjadi ahli, maka ia harus memahami penajaan diatas mana-mana proksi adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali individu tersebut tidak aktif sama sekali sejak bulan 6 tahun 2007.

Penajaan atas nama Syarikat perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dengan mengemukan sebab dan tujuan syarikat tersebut di taja.

Sekian. Wasallam

Assalamu’alaikum wrh wbt, tetamu ziarah sekalian.

AlhamduliLLAH, yang ditunggu-tunggu telah tiba!


Setelah sekian lama masyarakat Islam di Sarawak berada dalam dilema mencari ayam yang terjamin kehalalannya, penantian untuk mendapatkan ayam yang suci dan halal kini berakhir. Ayam organik HPA telah tiba di Sarawak!

Mungkin perlu diterangkan sedikit kenapa anda wajar beralih dari memilih ayam biasa yang lain justeru memilih ayam kami untuk hidangan seisi keluarga.

1. Ayam Organik HPA tidak disuntik dengan vaksin dan hormon pertumbuhan. Bahan-bahan tersebut kini kebanyakannya diragui akan kesuciannya.

2. Makanan ayam yang diberikan kepada Ayam Organik HPA insyaALLAH, mengandungi bahan-bahan yang tidak meragukan. Ini kerana kami di HPA mengambil langkah dengan memantau pembuatan dedak ayam yang akan diberikan kepada ayam kami. HPA tidak membenarkan serbuk tulang dimasukkan ke dalam makanan ayam. Kami juga tidak membenarkan protein darah untuk dimasukkan sebagai ramuan makanan ternakan kami.

3. Sumber air untuk minuman ternakan kami adalah dari gunung. Air yang diberikan kepada ternakan kami adalah suci dan bersih insyaALLAH, kerana disalurkan terus dari kawasan pergunungan Mongkos di Serian, Sarawak.

4. Ayam Organik HPA disembelih oleh penyembelih yang ditauliahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sendiri, maka insyaALLAH Ayam Organik yang dihidangkan kepada keluarga anda adalah terjamin kehalalannya.



Dalil Memilih Makanan Yang Halal.

Sabda Nabi SAW yang lebih kurang bermaksud

“Setiapa daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka adalah layak baginya”. – Al-Hadith.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Surah al-Baqarah: 168



“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (QS al-An’aam: 121).

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Suatu hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan."



Rasulullah kemudian menjawab: "Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.



"Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat Ibnu Abbas).





Diterima doa kerana halalnya makanan.

Terselamat dari azab neraka dengan asbab halalnya makanan.

Tenang jiwa disebabkan halalnya makanan.

Dengan ini, jelaslah bahawa umat Islam tidak mempunyai pilihan selain memilih makanan yang halal.

Maka apa yang ditunggu lagi.

Marilah sama-sama beralih kepada Ayam Organik HPA yang dijamin suci, halal dan organik untuk sajian keluarga anda!