Pages

SAMBUTAN MAULIDULRASUL ANJURAN KELAB PEMIMPIN SARAWAK (KPSAR)



AlhamduliLLAH, pada Sabtu 26 Februari 2011 yang lepas, satu majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KIPSAR) telah diadakan di Dewan Kuliah HPA Cawangan Semarak.

Antara pengisian semasa majlis tersebut adalah solat Maghrib & Isyak secara berjemaah serta ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Ismail dari SK Merpati Jepang yang menyentuh tentang kehalusan peribadi baginda RasuluLLAH SAW.

Ramai di kalangan pemimpin kelab & pengedar serta ahli yang hadir pada majlis yang penuh barakah pada malam itu.

Semoga usaha ini mendapat redha & keberkatan dari ALLAH SWT, ameen.

“Sesungguhnya pada peribadi RasuluLLAH itu terdapat contoh teladan yang baik (Al-Rasul Qudwatun Hasanah)

Highlight : Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Di Simunjan






Pada Khamis 24 Februari 2011 yang lepas, majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Kampung Mawang, Simunjan. Seramai 17 keluarga termasuk para peserta projek penanaman padi huma HPA yang telah menghadiri majlis tersebut. 

Antara pengisian semasa majlis tersebut adalah solat Maghrib & Isyak secara berjemaah serta ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Saifi bin Anis, yang juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam projek penanaman padi di sana.   

Semoga usaha ini mendapat redha & keberkatan dari ALLAH SWT, ameen.

RALAT:SEMINAR MULTI LEVEL MARKETING SYARIAH (MLMS)

Rawatan Senggugut : HPA Ada Caranya!


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). 

Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom pra-haid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: 
  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor risiko

  • Pengambilan kafein yang tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor pemakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)
Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom pra-haid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa. Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.
Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.




AlhamduliLLAH, HPA ada kaedah rawatan bagi penyakit ini iaitu dengan pengamalan kapsul Herba Senggugut. Herba Senggugut HPA mengandungi herba-herba terpilih yang terdiri daripada akar Bunga Raya (Hibiscus rosasinensis) & Halban (Vitex pubescens).
Rawatan ini akan menjadi lebih efektif jika diamalkan dengan mensinergikan pengambilan Herba Senggugut dengan Paramaria Plus HPA & Herba Tuju Angin HPA.

Selamat mencuba!

Coklat HPA: Keenakan Tanpa Was-Was!


Assalamu’alaikum wrh wbt.
Saya pasti ramai di antara pembaca yang budiman sekalian merupakan penggemar coklat, saya pun begitu juga. Dan kita juga pernah mendengar kajian tentang khasiat coklat.
Kelebihan coklat:
1.       Kaya dengan agen antioksida seperti catechins dan phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

2.       Coklat hitam (dark chocolate) dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

3.       Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

4.       Mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat merangsang kepada pengeluaran endorphin daripada sistem badan yang membuat kita rasa gembira.

5.       Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

6.       Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

7.       Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzheimer's dan osteoporosis.

8.       Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

9.       Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress.


Seperti yang kita tahu juga, HPA juga ada mengeluarkan produk coklatnya sendiri, dan insyaALLAH bebas daripada bahan-bahan yang meragukan, apatah lagi haram.
Kalau sebelum ini, kita berasa was-was untuk memakan coklat kerana kebanyakan coklat di pasaran terutamanya yang diimport dari luar Negara mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan haram. Banyak coklat yang mengandungi wei & pengawet yang dikhuatiri berasal dari lemak haiwan yang tidak halal. 
Hadith Nabi SAW yang bermaksud:
“Setiapa daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka adalah layak baginya”. – Al-Hadith.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


Surah al-Baqarah: 168


Maka beralihlah daripada keraguan dengan mengambil sesuatu sahih kesucian & kehalalannya. Dapatkan segera coklat HPA di cawangan berdekatan anda!
“Anda Adalah Apa Yang Anda Makan :: You Are What You Eat”


P/S: Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar tidak mengambil coklat (& juga mana-mana makanan) secara berlebihan.  



HPA : Ternyata, Harapan Paling Akhir!

HPA Adalah Pilihan Anda!

sumber: HPA Online Network

Dulu mungkin anda meragui... Sekarang HPA sudah ada...
...adakah makanan-makanan yang disediakan di restoran-restoran dan hotel-hotel itu halal ...Hotel HPA, Radix Chicken House, Radix Fried Chicken dan banyak lagi
...adakah ubat-ubatan yang diberikan doktor mengandungi dadah merbahaya ...Jawi Herbs Shop dan anda dirawat menggunakan herba-herba yang tidak memudaratkan
...adakah ayam yang dibeli melalui proses-proses mengikut syariat Islam ...ayam organik yang yang tidak disuntik dan melalui proses mengikut syariat Islam
...adakah barang kegunaan harian yang anda gunakan dibuat dari bahagian haiwan yang haram ...ubat gigi, berus gigi, minyak masak, sabun mandi, sabun basuh baju, cili sos dan banyak lagi
...adakah makanan/minuman ringan yang anda makan/minum mengandungi bahan-bahan yang diragui ...Radix Cola, Aiskrim Toyyibah, nugget, meat ball, chicken ball, daging burger dan pelbagai lagi makanan/minuman ringan dari HPA
...adakah kopi yang anda minum akan memudaratkan kesihatan anda...Kopi Radix yang disinergikan dengan 7 jenis herba untuk kesihatan

Info Ayam Organik Anda: Hindari Keraguan!

Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya tentang kelebihan ayam organik HPA. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi talian yang tertera di atas.

Satu Lagi Projek Terbaru HPA! : Selangkah Ke Depan Demi Ummah


Assalamu’alaikum wrh wbt.
AlhamduliLLAH, HPA di Zon Borneo maju setapak lagi ke hadapan. Kalau sebelum ini sudah ada perusahaan ayam organik sendiri, HPA kini muncul dengan sebuah lagi projek terbaru.
Menyedari akan kepentingan pengkomersilan padi huma hitam & perang yang terkenal dengan khasiatnya menyembuhkan kencing manis & sebagainya, HPA telah memulakan projek penanaman padi huma.
Padi huma yang ditanam di kawasan seluas kira-kira 6 ekar di kawasan Simunjan tersebut merupakan inisiatif daripada pihak HPA untuk menyebarluaskan lagi skop produk halal dengan mempelopori industri pembuatan makanan bayi yang bukan sahaja berkhasiat, malah suci, halal & organik.
“Kita mahu kembangkan syiar Islam melalui produk halal & ianya turut merangkumi pembuatan makanan bayi. Kita berhasrat untuk menghasilkan makanan bayi yang selamat, suci, halal & organik. Kita sudah lama bergantung kepada produk-produk dari negara luar yang rata-ratanya dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kini sudah tiba masanya kita sebagai masyarakat Muslim Bumiputera berdiri di atas kaki sendiri, dengan menghasilkan makanan bayi kita sendiri . HPA yang akan mengambil peranan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah tersebut” ujar AGM Pusat Pentadbiran HPA Zon Borneo, Encik Nor Izham bin Mohd Noor.
Beliau juga optimis bahawa dengan wujudnya projek-projek HPA di Sarawak, peluang pekerjaan dapat dibuka kepada masyarakat di sini, terutamanya di kawasan pedalaman.
“Kita berharap agar kita dapat membantu sedikit sebanyak dengan meningkatkan taraf kehidupan penduduk di Borneo, dengan projek-projek yang kita laksanakan terutamanya di kawasan luar Bandar” ujar beliau.
Kepada seluruh umat Islam, sama-sama kita nantikan kemunculan produk baru daripada HPA, khusus untuk anak-anak anda.