Malam Kesenian Islam anjuran HPA di Dewan Masyarakat Semalatong yang diserikan dengan kehadiran kumpulan UNIC yang berpeluang mendendangkan beberapa buah lagu dalam program Malam Kesenian Islam HPA. Sebelum persembahan, Haji Wahid bin Mat yang merupakan wakil bagi Unit Projek Zon Borneo turut berucap di dalam Bahasa Iban bagi memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan tujuan kedatangan pihak HPA ke sana serta rasional perlaksanaan projek penanaman padi huma ini diadakan. Program pada malam tersebut diakhiri dengan pihak HPA & para peserta projek penanaman padi huma saling bertukar cenderahati. Apa yang menariknya, cenderahati daripada pihak peserta kepada Tuan Pengarah Urusan adalah berupa beras daripada padi hasil tuaian Tuan Pengarah Urusan sendiri!
Semoga kehadiran HPA ke Simunjan dapat memberikan impak yang mendalam di hati-hati masyarakat di sana, dalam menzahirkan perjuangannya memartabatkan produk halal yang tidak mengira bangsa dan agama. Kerana sesungguhnya Halal Itu Untuk Semua, maka HPA juga sudah semestinya untuk semua!
“Produk Halal Tanggungjawab Bersama”