Pages

Pelihara Iman: Hindari Pengawet Yang Haram.


Assalamu’alaikum wrh wbt.
Penggunaan pengawet dalam makanan sering merungsingkan pengguna, terutamanya di kalangan umat Islam. Selain kesan penggunaan jangka panjang yang boleh menjejaskan kesihatan, penggunaan bahan-bahan daripada sumber  yang haram ataupun setidak-tidaknya meragukan amat membimbangkan. Secara ringkas, di bawah adalah carta kod pengawet yang dikhuatiri tidak halal malah sesetengahnya telah disahkan mengandungi lemak babi.


Sebagai umat Islam, kita wajib meneliti makanan yang kita ambil setiap hari. Berhati-hatilah dengan pengawet-pengawet yang mempunyai kod tersenarai di atas.  Makanan yang haram adalah penyebab amalan tidak diterima & tubuh yang terhasil daripadanya akan dibakar dengan api neraka.
Marilah bersama-sama kita membina generasi yang sihat & menjaga kesucian. Sesungguhnya salah satu tanda keimanan itu ialah dengan memastikan apa yang diambilnya itu adalah daripada sumber yang halal.