SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM GEN 2
1) MOTIVATOR ADALAH DARIPADA KALANGAN PJS SAH ATAU STAF HPA SAHAJA.
2) SETIAP KELAB PERLU MENCADANGKAN BILA PROGRAM TERSEBUT PERLU DIADAKAN DAN SILA HANTAR SENARAI NAMA PESERTA TERLEBIH DAHULU KEPADA HQ AWM (BAHAGIAN PEMASARAN) UNTUK PROSES PENGESAHAN.
3) CADANGAN TEMPAT BAGI SETIAP ZON:
3.1. ZON UTARA : PERLIS,KEDAH,PULAU PINANG DAN PERAK (PERAK
UTARA + IPOH)
3.2. ZON TENGAH : PERAK ( BERMULA DARI KUALA KANGSAR DAN IPOH),
KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.
3.3. ZON TIMUR : KELANTAN,TERENGGANU DAN PAHANG
3.4. ZON SELATAN : NEGERI SEMBILAN,MELAKA,JOHOR DAN SINGAPURA
3.5. ZON BORNEO : SABAH, SARAWAK DAN BRUNEI
• SEBARANG PROGRAM YANG HENDAK DIJALANKAN DI ZON YANG BERLAINAN,PIHAK PERLAKSANAAN PROGRAM HENDAKLAH MERUJUK ATAU MEMAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU KEPADA ZON YANG BERKENAAN @
• PERLAKSANAAN PROGRAM TERSEBUT BOLEHLAH DIBUAT SECARA BERSAMA DENGAN MEWUJUDKAN KOMUNITI KHAS (GABUNGAN DUA KELAB ZON TERSEBUT).
• CONTOH: ZON A HENDAK MENGADAKAN PROGRAM DI ZON B. MAKA ZON A HARUSLAH MEMAKLUM DAN MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU DARIPADA ZON B @ ZON A DAN ZON B BEKERJASAMA MENGADAKAN PROGRAM.
4) PROGRAM HANYA SATU HARI SAHAJA DAN TIDAK MELIBATKAN PENGINAPAN
PESERTA.
5) YURAN PENYERTAAN MAKSIMUM RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA
(RM 50.00) BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA-KOS SEWA DEWAN/TEMPAT SEMINAR AKAN DI TAJA OLEH PIHAK SYARIKAT.
6) YURAN PENYERTAAN MAKSIMUM RINGGIT MALAYSIA TIGA PULUH SAHAJA (RM 30.00) BAGI SABAH DAN SARAWAK-KOS SEWA DEWAN/TEMPAT SEMINAR AKAN DI TAJA OLEH PIHAK SYARIKAT.
7) JUMLAH PESERTA BAGI SEMENANJUNG MINIMUM ADALAH LIMA PULUH ORANG (50) KE ATAS.
8) JUMLAH PESERTA BAGI BORNEO ADALAH MINIMUM DUA PULUH ORANG (20) KE ATAS.
9) PROGRAM HENDAKLAH DILAPORKAN KEPADA PIHAK HQ AWM SATU (1) MINGGU SEBELUM DILAKSANAKAN. SILA HUBUNGI ENCIK MOHAMAD KAMAL BIN ISMAIL DI: NO TALIFON 04-9774716 / 013-4804717 DAN ALAMAT EMAIL: jatidiri09@yahoo.com.my.
10) SETIAP KELAB ZON DIMINTA UNTUK MENGHANTAR LAPORAN LENGKAP PROGRAM TERSEBUT TIGA(3) HARI SELEPAS PROGRAM.
11) PEMILIHAN PESERTA MESTILAH TERDIRI DARIPADA PANGKAT PENGURUS MELATI (PLX) SEHINGGA BERPANGKAT PENGARAH JATI (PJ) SAHAJA . DAN MESTILAH DITAPIS TERLEBIH DAHULU OLEH KELAB MASING-MASING .
12) MEMPUNYAI BONUS BULANAN SEKURANG-KURANGNYA TIGA BULAN BERTURUT-TURUT TEMPOH MAINTAIN.
13) PESERTA HENDAKLAH BERPAKAIAN KEMAS:
i. PESERTA LELAKI : BERJEKET / BLAZER HITAM DAN BERKEMEJA TANGAN PANJANG/BAJU MELAYU RAIHAN, BERSELUAR PANJANG WARNA HITAM, BERSTOKIN HITAM DAN KASUT BERTUTUP BERWARNA HITAM.
ii. PESERTA WANITA : BAJU KURUNG / JUBAH, BERTUDUNG BERWARNA HITAM, KASUT BERTUTUP, BERSTOKIN HITAM.BAGI PESERTA WANITA BUKAN ISLAM HENDAKLAH BERPAKAIAN SOPAN.
14) SLOT/ MODUL PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
i. BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN MLM YANG BERJAYA ( GM MOHAMMAD FAISOL / PENGURUS ZON)
ii. MLM SYARIAH HPA - CIRI-CIRI DAN JENIS-JENIS AKAD DAN LAIN-LAIN. (PANEL SYARIAH HPA)
iii. PENAJAAN DAN BIMBINGAN YANG BERKESAN
iv. INSENTIF TA’AWUN 2010 - STRATEGI DAN GERAK KERJA
15) SIJIL KOSONG ( TANPA NAMA PESERTA ) AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK SYARIKAT YANG LENGKAP BERTANDATANGAN TN.HJ ISMAIL BIN HJ AHMAD DAN EN.MOHD FAISOL BIN ABD.RAHMAN.
SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM PRA PBC
1) PERLU DIHADIRI OLEH AGM/WAKIL UNTUK SETIAP PROGRAM
2) PENYERTAAN:
LAYAK DISERTAI OLEH SEMUA PB YANG BELUM BERPANGKAT
3) JANGKA MASA PROGRAM :
1 HARI (9.00 PAGI – 5.00 PETANG)
4) INSENTIF PROGRAM:
DINOBATKAN SEBAGAI PENGURUS MELATI (PLX) SETELAH MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT.
5) TEMPAT PROGRAM:
DEWAN CAWANGAN @ SETARAF (DEWAN YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN LENGKAP)
6) BILANGAN PESERTA:
MAKSIMUM 50 ORANG/ 1 HARI PROGRAM.(200 HINGGA 500) ORANG/ 1 BULAN PROGRAM– (10 ORG PESERTA BG SETIAP PJS)
7) PENDAFTARAN PESERTA:
SETIAP PENYERTAAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH KELAB MASING-MASING DAN PJS TERPILIH ( BUKAN KOMUNITI ). KELAB PERLU MENGHANTAR SENARAI NAMA PESERTA KEPADA PIHAK AWM ( MKTG DAN MIS DEPARTMENT ) 1 BULAN LEBIH AWAL UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN GM.
8) PEMBAYARAN PENYERTAAN:
RINGGIT MALAYSIA RM30.00 SAHAJA ( TERMASUK BAHAN PROGRAM DAN MAKANAN PESERTA .)
9) SENARAI NAMA KEHADIRAN PESERTA MESTILAH DIISI DI DALAM BORANG A ( SEPERTI YANG DILAMPIRKAN ) DAN DIHANTAR KEPADA PIHAK AWM (MKTG DAN MIS DEPARTMENT) BESERTA LAPORAN LENGKAP PROGRAM TERSEBUT 3 HARI SELEPAS PROGRAM.
10) TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100 NM SEBULAN DALAM MANA – MANA BULAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM KURSUS. PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUKTIKAN DENGAN MENYERTAKAN INVOIS PEMBELIAN SEMASA PENDAFTARAN BERSAMA DENGAN KAD PENGENALAN. PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PSC PADA BULAN PEMBELIAN SYARAT DIBUAT ATAU BULAN BERIKUTNYA HANYA PERLU MENERUSKAN MAINTAIN 100 NM SELAMA LIMA BULAN BERTERUSAN UTK MELAYAKAN MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT PLX.
11) HANYA PESERTA YANG HADIR LAYAK MENERIMA KENAIKAN PANGKAT. TIDAK DIBENARKAN PENGGANTI UNTUK HADIR KURSUS.
12) PESERTA PERLU HADIR SEPENUH MASA DALAM KURSUS.
13) MODUL PROGRAM:
i. MENGENALI SYARIKAT KITA (HPA INDUSTRIES SDN. BHD.)
ii. BAGAIMANA MEMBINA PENDAPATAN SELESA MELALUI PROGRAM PSC
iii. KONGSI PENGALAMAN : BAGAIMANA MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK
iv. BAGAIMANA MERAWAT PENYAKIT YANG BIASA MENYERANG KELUARGA
v. PRODUK KEGUNAAN HARIAN ASAS PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH
vi. DEMO BUKTI KERACUNAN DALAM PRODUK KEGUNAAN HARIAN
vii. MUHASABAH DAN PENUTUP