Pages

INFO HERBA SIRI II


HEALTH B (HB)

Komposisi :
Hydrocotyle asiatica, Amaranthus spinosus

AMARANTHUS SPINOSUS

Nama :
Bayam Duri atau Bayam kerui

Nama Saintifik :
Amaranthus spinosus

Ciri-ciri tumbuhan :
Tumbuhan ini berasal dari Tropika Amerika. Sering ditemui di kawasan terbuka dan di tepi jalan. Batang pokok herba ini berwarna hijau lembut dan berduri. Mempunyai diameter antara 0.5 - 0.1 cm. Daunnya seperti bayam hijau, manakala bentuk bunga seperti ekor kucing dan berwarna hijau. Buahnya berwarna hitam dan terdapat di dalam bunga.

Tumbuhan ini mempunyai ketinggian sekitar 30 hingga 100 cm. Batang bewarna hijau atau kemerahan, berbulu di bahagian atas, bercabang banyak serta berduri. Mempunyai bunga berwarna hijau keputihan dan bijinya kecil, bulat dan berwarna hitam.

Menggunakan campuran pegaga dan bayam merah. Bayam merah sering dijadikan makanan bagi menambah darah kerana kandungan mineral ferumnya (fe) yang tinggi.

Kelebihannya :
  • Kesan ubatan lebih kuat daripada teh Asiatica dan teh herba untuk ubatan hati.
  • Menurunkan kolestrol dalam darah
  • Sesuai untuk ibu yang hamil bagi kes varicose vein.
  • Anti kebotakan dan rambut menjadi lebat dan kuat.
  • Ubat pintar untuk IQ kanak-kanak.
  • Rawatan hepatitis B
  • Menguatkan serta melindungi sel hati daripada rosak
  • Herba detox yang paling berkesan daripada semua pewarna dan aditif makanan
  • Rawatan ibu-ibu yang kekurangan darah.