AlhamduliLLAH, yang ditunggu-tunggu telah tiba!
Setelah sekian lama masyarakat Islam di Sarawak berada dalam dilema mencari ayam yang terjamin kehalalannya, penantian untuk mendapatkan ayam yang suci dan halal kini berakhir. Ayam organik HPA telah tiba di Sarawak!
Mungkin perlu diterangkan sedikit kenapa anda wajar beralih dari memilih ayam biasa yang lain justeru memilih ayam kami untuk hidangan seisi keluarga.
1. Ayam Organik HPA tidak disuntik dengan vaksin dan hormon pertumbuhan. Bahan-bahan tersebut kini kebanyakannya diragui akan kesuciannya.
2. Makanan ayam yang diberikan kepada Ayam Organik HPA insyaALLAH, mengandungi bahan-bahan yang tidak meragukan. Ini kerana kami di HPA mengambil langkah dengan memantau pembuatan dedak ayam yang akan diberikan kepada ayam kami. HPA tidak membenarkan serbuk tulang dimasukkan ke dalam makanan ayam. Kami juga tidak membenarkan protein darah untuk dimasukkan sebagai ramuan makanan ternakan kami.
3. Sumber air untuk minuman ternakan kami adalah dari gunung. Air yang diberikan kepada ternakan kami adalah suci dan bersih insyaALLAH, kerana disalurkan terus dari kawasan pergunungan Mongkos di Serian, Sarawak.
4. Ayam Organik HPA disembelih oleh penyembelih yang ditauliahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sendiri, maka insyaALLAH Ayam Organik yang dihidangkan kepada keluarga anda adalah terjamin kehalalannya.
Dalil Memilih Makanan Yang Halal.
Sabda Nabi SAW yang lebih kurang bermaksud
“Setiapa daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka adalah layak baginya”. – Al-Hadith.
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Surah al-Baqarah: 168
“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (QS al-An’aam: 121).
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Suatu hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan."
Rasulullah kemudian menjawab: "Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.
"Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat Ibnu Abbas).
Diterima doa kerana halalnya makanan.
Terselamat dari azab neraka dengan asbab halalnya makanan.
Tenang jiwa disebabkan halalnya makanan.
Dengan ini, jelaslah bahawa umat Islam tidak mempunyai pilihan selain memilih makanan yang halal.
Maka apa yang ditunggu lagi.
Marilah sama-sama beralih kepada Ayam Organik HPA yang dijamin suci, halal dan organik untuk sajian keluarga anda!