Pages

Coklat HPA: Keenakan Tanpa Was-Was!


Assalamu’alaikum wrh wbt.
Saya pasti ramai di antara pembaca yang budiman sekalian merupakan penggemar coklat, saya pun begitu juga. Dan kita juga pernah mendengar kajian tentang khasiat coklat.
Kelebihan coklat:
1.       Kaya dengan agen antioksida seperti catechins dan phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

2.       Coklat hitam (dark chocolate) dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

3.       Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

4.       Mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat merangsang kepada pengeluaran endorphin daripada sistem badan yang membuat kita rasa gembira.

5.       Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

6.       Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

7.       Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzheimer's dan osteoporosis.

8.       Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

9.       Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress.


Seperti yang kita tahu juga, HPA juga ada mengeluarkan produk coklatnya sendiri, dan insyaALLAH bebas daripada bahan-bahan yang meragukan, apatah lagi haram.
Kalau sebelum ini, kita berasa was-was untuk memakan coklat kerana kebanyakan coklat di pasaran terutamanya yang diimport dari luar Negara mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan haram. Banyak coklat yang mengandungi wei & pengawet yang dikhuatiri berasal dari lemak haiwan yang tidak halal. 
Hadith Nabi SAW yang bermaksud:
“Setiapa daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka adalah layak baginya”. – Al-Hadith.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


Surah al-Baqarah: 168


Maka beralihlah daripada keraguan dengan mengambil sesuatu sahih kesucian & kehalalannya. Dapatkan segera coklat HPA di cawangan berdekatan anda!
“Anda Adalah Apa Yang Anda Makan :: You Are What You Eat”


P/S: Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar tidak mengambil coklat (& juga mana-mana makanan) secara berlebihan.