Pages

SAMBUTAN MAULIDULRASUL ANJURAN KELAB PEMIMPIN SARAWAK (KPSAR)



AlhamduliLLAH, pada Sabtu 26 Februari 2011 yang lepas, satu majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KIPSAR) telah diadakan di Dewan Kuliah HPA Cawangan Semarak.

Antara pengisian semasa majlis tersebut adalah solat Maghrib & Isyak secara berjemaah serta ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Ismail dari SK Merpati Jepang yang menyentuh tentang kehalusan peribadi baginda RasuluLLAH SAW.

Ramai di kalangan pemimpin kelab & pengedar serta ahli yang hadir pada majlis yang penuh barakah pada malam itu.

Semoga usaha ini mendapat redha & keberkatan dari ALLAH SWT, ameen.

“Sesungguhnya pada peribadi RasuluLLAH itu terdapat contoh teladan yang baik (Al-Rasul Qudwatun Hasanah)