Pages

Satu Lagi Projek Terbaru HPA! : Selangkah Ke Depan Demi Ummah


Assalamu’alaikum wrh wbt.
AlhamduliLLAH, HPA di Zon Borneo maju setapak lagi ke hadapan. Kalau sebelum ini sudah ada perusahaan ayam organik sendiri, HPA kini muncul dengan sebuah lagi projek terbaru.
Menyedari akan kepentingan pengkomersilan padi huma hitam & perang yang terkenal dengan khasiatnya menyembuhkan kencing manis & sebagainya, HPA telah memulakan projek penanaman padi huma.
Padi huma yang ditanam di kawasan seluas kira-kira 6 ekar di kawasan Simunjan tersebut merupakan inisiatif daripada pihak HPA untuk menyebarluaskan lagi skop produk halal dengan mempelopori industri pembuatan makanan bayi yang bukan sahaja berkhasiat, malah suci, halal & organik.
“Kita mahu kembangkan syiar Islam melalui produk halal & ianya turut merangkumi pembuatan makanan bayi. Kita berhasrat untuk menghasilkan makanan bayi yang selamat, suci, halal & organik. Kita sudah lama bergantung kepada produk-produk dari negara luar yang rata-ratanya dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kini sudah tiba masanya kita sebagai masyarakat Muslim Bumiputera berdiri di atas kaki sendiri, dengan menghasilkan makanan bayi kita sendiri . HPA yang akan mengambil peranan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah tersebut” ujar AGM Pusat Pentadbiran HPA Zon Borneo, Encik Nor Izham bin Mohd Noor.
Beliau juga optimis bahawa dengan wujudnya projek-projek HPA di Sarawak, peluang pekerjaan dapat dibuka kepada masyarakat di sini, terutamanya di kawasan pedalaman.
“Kita berharap agar kita dapat membantu sedikit sebanyak dengan meningkatkan taraf kehidupan penduduk di Borneo, dengan projek-projek yang kita laksanakan terutamanya di kawasan luar Bandar” ujar beliau.
Kepada seluruh umat Islam, sama-sama kita nantikan kemunculan produk baru daripada HPA, khusus untuk anak-anak anda.