Pages

KEMBALI KEPADA PRODUK HERBA

Ketika lambakan syarikat MLM di Malaysia sekitar tahun 80an dan 90an dahulu, pelbagai produk diketengahkan oleh pelbagai syarikat. Sama ada syarikat itu milik rakyat tempatan atau pun rangkain dari luar negara, kebanyakannya berdagang atas nama produk kegunaan harian.
Ada yang berniaga dengan hanya satu produk sahaja, malah banyak juga yang berniaga atas pelbagai produk. namun semuanya menggunakan strategi sama, iaitu menyakinkan pengguna dan pengedar bahawa produk mereka adalah yang terbaik.
Kehadiran HPA sekitar tahun 90an banyak membuka mata masyarakat Malaysia, khususnya kepada peminat MLM. Statusnya sebagai syarikat Bumiputera Islam dan berdagang produk tempatan berasaskan herba berjaya membuka mata banyak pihak. Ketika satu demi satu syarikat MLM gulung tikar, HPA terus mengorak langkah, malah mampu bersaing bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke persada antarabangsa.
Ramai ahli dan pemimpin HPA masakini lupa bahawa HPA berdiri atas kekuatannya sendiri. Kehadiran lambakan pelbagai produk kegunaan harian sedikit sebanyak menenggelamkan kekuatan sebenar HPA. Ahli dan pengedar kebanyakannya menggempur produk-produk kegunaan harian atas nama produk halal, selaras dengan slogan HPA “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”.
Dalam keghairahan ini, produk asas HPA yang berasaskan herba makin dilupakan. Padahal kekuatan sebenarnya terletak kepada produk-produk tersebut. Jika diimbau kisah-kisah silam, para pemimpin lalu berjuang dan berdagang dengan hanya produk herba sahaja. Ramai di kalangan mereka yang mahir dalam rawatan, sama ada diagnos menggunakan tapak tangan, kiropraktik, berkam, iridologi dan juga akupuntur.
Cuma para perawat ini makin tenggelam apabila para pemimpin kurang memberi fokus kepada produk herba. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kita sama-sama kembali kepada asas perjuangan ini, iaitu memertabatkan produk herba demi masa depan maruah pengubatan Ilahiah dan Alamiah yang lahir dan bertunjang di negara kita.
Sekian…….
Nukilan rasa
PJS Ismail Othman

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU - TENAGA & WARNA ALAM


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'alam.

AKUPUNTUR - Perawatan Alternatif



Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.


Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis.Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.




Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologisakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .


Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini keranarawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden. Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelesaian bagi merawat sesuatu penyakit.


Mana satu Logo Halal yang boleh dipercayai?

Kebanyakkan pengguna Islam, tidak menyedari bahawa mereka sering ditipu oleh tuan punya kedai makanan yang mempamerkan sijil halal sedangkan makanan yang dihidangkan, belum tentu terjamin halalnya. Disini saya mempamerkan logo-logo halal yang paling popular digunakan oleh taukeh-taukeh kedai.




Logo halal JAKIM yang terbaru, hanya logo Halal ini yang betul-betul terjamin Halal makanannya. Jika kedai mempunyai logo halal JAKIM, ini bermakna, kedai itu sentiasa dipantau oleh pegawai JAKIM dan syarat untuk memohon status halal ini juga sangat ketat.




Logo Halal Jakim yang lama, jika ada kedai makanan yang masih menggunakan logo halal ini, bermakna status halal kedai itu sudah boleh diragui. Kerana sudah lama tidak diperbaharui.




Logo Halal Swasta, paling popular dikalangan kedai makanan segera, senang dipohon dan status halalnya diragui. Langsung tiada pantauan!




Ini Halal Swasta yang diragui status halalnya

Harap para pembaca dapat menilai yang mana satu logo halal sebenar dan yang mana logo halal tiruan. Logo Halal Swasta, sememangnya memaparkan LOGO HALAL, akan tetapi syarikat swasta terbabit langsung tidak pernah memantau sebelum meluluskan LOGO HALALNYA. Mereka yang membuka syarikat halal swasta ini ialah pihak yang tidak bertanggung jawab, mereka hanya pentingkan keuntungan semata-mata.

Harap para pembaca dan pengguna Islam sentiasa berwaspada dengan tipu helah si pemilik restoran yang hanya mahu keuntungan tanpa pedulikan kewajipannya menjaga makanan untuk orang Islam. Jika perlu kita memboikot pemilik-pemilik restoran makanan segera ini, kita mesti lakukan, supaya mereka sedar kuasa yang ada pada pengguna yang beragama Islam.


Untuk keterangan lanjut, lawati HALAL.GOV

Info HPA melalui SMS, type HPA send 32828

Info mengenai HPA.


•type di hp:

•HPA kemudian send kepada 32828
•HPA BERITA kemudian send kepada 32828
•HPA SUNGAIPETANI atau Cawangan lain kemudian send kepada 32828
•HPA PBC kemudian send kepada 32828
•HPA PZUTARA atau HPA PZBorneo dan sebagainya send kepada 32828
•HPA Deman atau HPA Jantung dan send sms ke 32828
•HPA AWM atau HPA ic atau HPA Colaradix dan sebagainya send sms ke 32828
•HPA rfclaguna atau HPA rfcmelaka atau HPA rfcalorsetar atau HPA rfckubangkerian atau HPA rfckluang

send kepada 32828

Kehebatan Madu Asli Dan Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:
1. Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur.
Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga , ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema
Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.

4.Keguguran rambut
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi
Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi.

6. Penghadaman
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing
Jika anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada didalamnya.
Caranya;
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol
Untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??
Caranya;
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis
Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.
Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan
Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Wallaahwa'alam

AWAS MASTER RADIX MUNCUL KEMBALI

Fokus Produk: Evergreen Centella


Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!


Khasiat Evergreen Centella (EC):
Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra – kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.

Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).

Komposisi :

Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Nilai Mata (NM): 15

Bertungku dan radang paru paru.

Terdapat penggunaan besi panas dalam pengubatan Islam. Hadis dari Anas bin Malik menyatakan "aku membiarkan bahagian tubuhku di bakar dengan besi panas untuk mengubati zat al -janb (radang selaput dada)pada saat Rasulillah saw masih hidup.(Bukhari).Dalam pengubatan Jawi, besi panas(tungku ) digunakan terutama pada kes kes wanita lepas bersalin. Namun bagitu ia juga digunakan untuk pelbagai jenis penyakit terutama saraf ditulang belakang dan sakit tumid.Kesemuanya terdapat dalam buku pembetulan tulang belakang yang baru dikeluarkan.Untuk perbincangan lanjut ,sila hazir diprogram KPJ yang diadakan pada 23/10/10 di HPAic.

Chlorophyll Drop HPA.(Produk Baru)

Bot Penambang HPA Pertama!





AlhamduliLLAH!
HPA telah melangkah setapak lagi ke hadapan.
Hujung minggu baru-baru ini, team Latihan & Promosi HPA Zon Borneo telah turun ke Jeti Kampung Boyan untuk menghangatkan lagi promosi dalam rangka memperkenalkan HPA dengan lebih meluas kepada masyarakat di negeri Sarawak.
Dengan hasrat ingin mengembangkan lagi syiar Islam melalui pemasaran produk Halal di Sarawak, HPA telah mengiklankan jenamanya melalui sebuah bot penambang di Jeti Boyan & Waterfront. Jeti Boyan yang terletak berdekatan tarikan pelancong seperti Kedai Kek Lapis terkenal di Sarawak – Dayang Salhah & juga kafe Barok merupakan lokasi strategik kerana ianya adalah antara laluan utama pelancong di sini, yang mana dirasakan berupaya untuk menaikkan lagi nama HPA sekaligus menzahirkan identiti HPA sebagai pengeluar produk Halal utama di Sarawak.
Semoga dengan strategi pemasaran seumpama ini, HPA semakin diterima dengan lebih meluas sekaligus menjadi identiti kepercayaan masyarakat Sarawak sebagai Harapan Paling Akhir, insyaALLAH!

Penghargaan: Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Juri bin Andey yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan promosi HPA melalui bot penambang beliau.  

Dilema Ayam: Fikir-Fikirkan...

Assalamu’alaikum wrh wbt, tetamu ziarah sekalian,

Sejenak saya teringat tentang hadith yang lebih kurang menyebut berkenaan di akhir zaman, kita tidak ada makanan selain daripada zikir semata-mata. Terfikir saya, adakah hadith tersebut perlu difahami dengan makna takwilan ataupun sememangnya hadith itu difahami secara langsung begitu, tanpa sebarang tafsiran. Saya kaitkan pula dengan trend zaman sekarang di mana makanan yang dihidangkan setiap hari kepada umat Islam terutamanya, banyak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan kadangkala sampai juga ke tahap haram.

Walau bagaimanapun, yang mengecewakan kita adalah masih ramai lagi pengguna Islam kita yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam bab memilih makanan. Ingatlah bahawa setiap yang tumbuh dari hasil makanan yang haram, maka neraka adalah layak baginya. Azab di dunia pula, doa dan amal kita dikhuatiri tidak diterima.

Kadangkala saya terfikir, adakah terlalu banyak babi diternak melebihi populasi lembu dan kambing sehinggakan haiwan itu yang dijadikan sebagai sumber lemak, enzim, bulu, kulit dan sebagainya? Adakah hanya dengan menggunakan bahan daripada haiwan berkenaan, kesedapan produk makanan adalah lebih terjamin dan tahan lebih lama?

Salah satu dilema yang melanda umat Islam di Malaysia mengenai bab makanan zaman sekarang ialah ayam serta kontroversi yang melingkari sekitarnya.

Dilema kerana ayam merupakan antara makanan pilihan utama sebagai diet orang Malaysia. Hampir setiap hari orang makan ayam. Dan tidak kurang juga yang merungut tentang kenaikan harga ayam.

Antara isu-isu sekitar ayam hari ni adalah:
- Penyembelihan yang tidak bersifat syara’ compliant / tidak menepati syara’
- Ayam diberi makanan yang mengandungi bahan-bahan meragukan
- Suntikan vaksin atau hormon, yang mana bahan suntikan tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur yang haram
- Kesan sampingan untuk jangka masa panjang terhadap kesihatan pengguna

Beberapa artikel dari keratan khabar dan juga tulisan bebas mengenai keraguan status halal ayam di Malaysia:

http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20070923100447/Article
http://groups.yahoo.com/group/blalang_group/message/54995
http://www.theecologist.org/archive_detail.asp?content_id=309


Ayam diberi enzim babi: Mudah busuk

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.


Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.

Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.


Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.


“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.

“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.

“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.

Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.


“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.

“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.

“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.
--------------------------------------------------

Mungkin wujud lagi beberapa tulisan yang menyangkal dakwaan ini, akan tetapi adalah dirasakan amat wajar untuk kita sebagai pengguna yang prihatin apatah lagi demi menjaga halal haram makanan kita agar berhati-hati dalam memilih ayam sebagai hidangan sekeluarga.

Tulisan ini bukanlah untuk mewajibkan tetamu ziarah sekalian untuk berpuasa dari memakan ayam, kerana alternative seperti ayam kampung ataupun mana-mana penternak yang boleh dipercayai masih ada. Seperti yang telah disebutkan tadi, ayam seolah-olah menjadi hidangan wajib bukan hanya di rumah, malah lebih-lebih lagi di kedai makan.

Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk memilih ayam yang tidak diragui kehalalan dan kesuciannya. Semoga terselamat kita semua daripada 'epidemik' ayam haram yang berbahaya ini.

WaLLAHua’lam.

SALAH LAKU CURI LINE

Salam seluruh warga HPA

GM mendapati masih ada lagi kejadian mencuri line berlaku. Suka di ingatkan bahawa sebarang usaha untuk melakukan penajaan curi line dengan kaedah matlamat menghalalkan cara adalah sama sekali bertentangan dengan etika MLMS HPA. Sebagai contoh, penajaan dilakukan atas nama syarikat bila mengetahui si individu tersebut sudah di taja.

Khusus kepada para Pemimpin dan Penaja, sewajibnya sekira mengetahui sesaorang yang ingin di taja sudah menjadi ahli, maka ia harus memahami penajaan diatas mana-mana proksi adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali individu tersebut tidak aktif sama sekali sejak bulan 6 tahun 2007.

Penajaan atas nama Syarikat perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dengan mengemukan sebab dan tujuan syarikat tersebut di taja.

Sekian. Wasallam

Assalamu’alaikum wrh wbt, tetamu ziarah sekalian.

AlhamduliLLAH, yang ditunggu-tunggu telah tiba!


Setelah sekian lama masyarakat Islam di Sarawak berada dalam dilema mencari ayam yang terjamin kehalalannya, penantian untuk mendapatkan ayam yang suci dan halal kini berakhir. Ayam organik HPA telah tiba di Sarawak!

Mungkin perlu diterangkan sedikit kenapa anda wajar beralih dari memilih ayam biasa yang lain justeru memilih ayam kami untuk hidangan seisi keluarga.

1. Ayam Organik HPA tidak disuntik dengan vaksin dan hormon pertumbuhan. Bahan-bahan tersebut kini kebanyakannya diragui akan kesuciannya.

2. Makanan ayam yang diberikan kepada Ayam Organik HPA insyaALLAH, mengandungi bahan-bahan yang tidak meragukan. Ini kerana kami di HPA mengambil langkah dengan memantau pembuatan dedak ayam yang akan diberikan kepada ayam kami. HPA tidak membenarkan serbuk tulang dimasukkan ke dalam makanan ayam. Kami juga tidak membenarkan protein darah untuk dimasukkan sebagai ramuan makanan ternakan kami.

3. Sumber air untuk minuman ternakan kami adalah dari gunung. Air yang diberikan kepada ternakan kami adalah suci dan bersih insyaALLAH, kerana disalurkan terus dari kawasan pergunungan Mongkos di Serian, Sarawak.

4. Ayam Organik HPA disembelih oleh penyembelih yang ditauliahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sendiri, maka insyaALLAH Ayam Organik yang dihidangkan kepada keluarga anda adalah terjamin kehalalannya.



Dalil Memilih Makanan Yang Halal.

Sabda Nabi SAW yang lebih kurang bermaksud

“Setiapa daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka adalah layak baginya”. – Al-Hadith.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Surah al-Baqarah: 168



“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (QS al-An’aam: 121).

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Suatu hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan."



Rasulullah kemudian menjawab: "Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.



"Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat Ibnu Abbas).





Diterima doa kerana halalnya makanan.

Terselamat dari azab neraka dengan asbab halalnya makanan.

Tenang jiwa disebabkan halalnya makanan.

Dengan ini, jelaslah bahawa umat Islam tidak mempunyai pilihan selain memilih makanan yang halal.

Maka apa yang ditunggu lagi.

Marilah sama-sama beralih kepada Ayam Organik HPA yang dijamin suci, halal dan organik untuk sajian keluarga anda!

PRODUK RACEMOSA


                                          RACEMOSA
Produk terbaru keluaran HPA khas untuk wanita.Pembersih wanita yang dirumus khas untuk pejagaan wanita.Diformulasikan secara eksklusif untuk kebersihan,kesegaran dan keyakinan wanita serta memelihara pH bahagian sulit.Ia diperkaya dengan ekstrak herba Barringtonia Racemosa (Putat kampung) dan Cinnamomum Culilawan (Pokok teja) yang terbukti sesuai untuk:

1)Merawat keputihan
2)Memelihara kulit daripada jangkitan fungus
3)Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina

Barringtonia Racemosa  (Putat Kampung)

* Sesuai untuk masalah kulit
*Mempunyai buih asli

Cinnamomum Culilawan ( Pokok Teja)

*Mengandungi minyak asiri (ensential)
*Sesuai untuk melembutkan kulit
                                    
 Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!

DAPATKAN DI CAWANGAN/HALALMART BERDEKATAN


MARILAH DAPATKAN PRODUK YANG HALAL LAGI SUCI DI CAWANGAN/HALALMART YANG  BERDEKATAN.TIADA KERAGUAN DALAM MEMBELI & MEMASAK

TEPUNG GANDUM HPA


Tepung gandum HPA ini diperkayakan dengan vitamin B1, B2, Niasin dan Zat Besi serta tidak mengandungi Benzoyl Peroksida. Dirumus khas untuk membuat biskut, kek, pau, kuih muih, donat, pie,pastri lapis, roti, lempeng, mi basah dan kering. Juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan masakan am.Yang pasti boleh dibeli tanpa ragu-ragu dan halal suci bersih.

Gambar Jemaah Solat sunat Tarawih di bulan Ramadan di Bandar Iskandariah,Mesir



Walau dimana kita berada sekalipun mendirikan solat itu wajib.Sesungguhnya di bulan ramadhan ini setiap amalan baik digandakan ganjarannya.InsyaALLAH

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA



Pembelian produk seperti beg tangan,sejadah,permaidani,kopiah dan kegunaan muslim adakah anda yakin dengan kehalalannya.Berhati-hati dalam memilih produk jangan keliru antara yang halal dan haram.Marilah kita bersama-sama memperjuangkan produk halal.

ILLUSI MATA KURNIAAN ILLAHI..

Mari Cuba! Keajaiban ilusi Mata Kurniaan-Nya

Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 saat sambil berselawat dan alihkan pandangan
pd dinding kosong selama 10 saat juga.. lihatlah keajaibannya. ....Subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

BATUK

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Begitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilannya disinergikan dengan biji selasih, kurma merah, halwa kundur dan lain-lain lagi.

Batuk dapat dilegakan dengan madu yang dicampur halia merah (bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADUlIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu diambil dengan perahan limau/jeruk (ind) nipis bersamanya. Perahkan searuh limau kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-sedikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-sedikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah...


Dipetik dari JAWI medicinal herbs 3
Ke Arah Merealisasikan Perubatan Jawi
muka surat 38

KEAJAIBAN OTAK MANUSIA


20 Rejab 1431H
Oleh : Seri Budiman

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
HERBALOGI
PENGENALAN

Perubatan herba merupakan di antara
kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80%
...komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.


Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan
pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden
serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan
melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.


Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian
tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya
melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia
terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental,
emosi dan fizikal.


Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua
orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari
petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk
seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.


Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan
keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom
penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang
diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan
bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh
Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.




BIARKAN MAKANAN MENJADI UBAT

Disamping memberikan ubatan herba;
seseorang herbalis perlu mencari dan memperbaiki berbagai faktor yang
mempengaruhi kesihatan pesakit. Makanan yang tertentu banyak mempengaruhi tahap
kesihatan seseorang. Herbalis membantu pesakit mendapatkan makanan yang berzat,
vitamin, mineral dan unsur-unsur yang lain. Sebahagian orang mempunyai tindak
balas elergi (alahan) ataupun sensitif dalam makanan tertentu. Tujuan daripada
pengubatan herba adalah untuk mengatasi kekurangan tersebut dan secara umum
meningkatkan daya hidupnya (vitality).



Stress atau tekanan adalah faktor yang akan memperkembangkan penyakit, dengan
ini herbalis akan mengajar teknik pernafasan dan menggunakan beberapa kaedah
seperti aromaterapi, sauna, hipnotis dan riadah alami. Terdapat beberapa jenis
herba yang menolong memberikan kesan sedatif ringan dan membolehkan pesakit
mendapat tidur yang berkualiti. Herba tersebut adalah seperti mengkudu dan akar
lalang.



HERBA UBATAN

Prinsip utama herbalogi ialah
menggunakan semurni mungkin bahan-bahan daripada herba. Keseragaman kimia
menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh. Dengan kaedah mengambil
bahan-bahan aktif tertentu sahaja akan mengakibatkan berlakunya kesan-kesan
sampingan dan tidak efektif disebabkan ketidakseimbangan biokimia.



TUMBUHAN

Herbalogi tidak menggunakan bahan
isolasi ataupun bahan kimia sintetik atau ubatan dadah. Keseimbangan dan
kepelbagaian bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan (fitokimia) menghasilkan
aktiviti yang luas di dalam tubuh; ini juga dapat mengelakkan berlakunya kesan
sampingan.



Banyak contoh penelitian apabila bahan aktif yang tertentu sahaja (ekstrak
tungal) yang digunakan ia menghasilkan bahan yang sangat beracun dan tidak
efektif. Bahan kimia kompleks dalam tumbuh-tumbuhan lebih mudah dicerna dan
lebih sedikit kesan sampingannya. Oleh sebab itu apabila terdapt 40 jenis bahan
aktif dalam sesuatau herba lebih baik pengambilannya dalam bentuk gabungan
alami. Selain daripada itu herba sering disinergikan bagi menguatkan potensi
ramuan tersebut. Herba memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu
penyembuhan.



SIFAT PENYAKIT


Sakit adalah hasil kerja tubuh dalam
usahanya untuk memulih keseimbangan dan keselarasan; oleh sebab itu pengubatan
ditujukan untuk mendokong mekanisma penyembuhan diri tubuh (self healing
mechanism), bukan menekannya. Sakit sebenarnya adalah perlawanan tubuh terhadap
penyakit; oleh itu dengan menghilangkan tanda penyakit tidak bererti
menghilangkan penyakit; mungkin hanya tandanya sahaja yang dihilangkan (rawatan
simtom).



Herbalisma berupaya mempertahankan fungsi normal tubuh sesihatnya. Tubuh
mengeluarkan zat racun melalui organ penyingkiran, oleh sebab itu perlu dijaga
organ-organ ini seperti usus besar dan ginjal. Sistem peredaran darah juga
penting dan banyak herba yang digunakan untuk melancarkan peredaran darah
keseluruh tubuh.


Herba yang diberikan bersifat perangsang atau meredakan tekanan pada saraf.
Boleh juga diberikan ubat yang akan mengembalikan fungsi normal saraf setelah
ia mengalami stress. Memulihkan keseimbangan atau homeostasis adalah tujuan
herbalis dalam merawati penyakit. Istilah yang tepat untuk mengamalkan hal ini
ialah adaptogenis. herba-herba digunakan terutama untuk mendokong fungsi
kelenjar adrenal. Menurut herbalisma; mengenal penyakit bererti mengenal
seluruh tubuh peribadi pesakit, reaksinya terhadap penyakit, potensi semua
fungsi tubuh untuk mengembalikan kesihatan. Fungsi tubuh ini bergantung kepada
kesediaan makanan, peredaran darah, penyingkiran bahan beracun, kerja sistem
saraf yang baik dan kesimbangan hormon.


PENGAJARAN DAN PENGHARAPAN



Seorang herbalis yang terlatih perlu
mempunyai pengalaman yang luas bagi memastikan herba dan penentuan penyakit
tepat dengan melakukan diagnosa. Ilmu pengubatan herba bukan sekadar
perbincangan ilmiah yang bersifat teori dan retorik semata-mata; lantas
meninggalkan medan amali.



Gabungan dripada pelbagai kemahiran inilah yang akan mengangkat martabat seseorang
herbalis itu diterima oleh masyarakat tanpa keraguan. Sekiranya dunia yang
membangun bersama slogan "Kembali Kepada Alamiah" tidak ditanggapi
oleh herbalis tempatan nanti segala hasil bumi yang diwariskan kepada
hamba-hamba-NYA akan diambil orang.



(Dipetik drpd Buku “Pengubatan
Holistik (JAWI) HHC kali pertama pada 24 Jan 2004)See More

OBESITI & PERAWATAN HERBA


Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.
Satu kajian yang dibuat oleh AC Nielson, mendapati bahawa budaya mengambil makanan segera dalam kehidupan harian telah menyumbang kepada masalah ini. Di Malaysia, 59% rakyatnya makan sekurang-kurangnya sekali seminggu di restoran makanan segera dan waktu yang paling digemari ialah makan malam, manakala 71% sanggup membeli makanan segera untuk sarapan pagi.
Kebanyakan makanan segera yang dijual selalunya jenis makanan yang sudah diproses dan mengandungi kadar garam yang tinggi, gula, lemak dan juga perasa, termasuk monosodium glutamate (MSG). Makanan ini juga biasanya digoreng dengan minyak yang telah digunakan berulang kali, yang mana tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak ‘trans fat’. Trans fat dihasilkan apabila pengeluar minyak masak menambah hidrogen ke dalam minyak sayuran – satu proses yang disebut penghidrogenan. Proses ini memanjangkan tarikh luput minyak dan mengekalkan bau makanan. Trans fat seperti juga lemak tepu dan kolestrol, meningkatkan kadar LDL (low density lipoprotein) atau kolestrol yang jahat.
Menurut kajian terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% rakyat Malaysia mengalami obesiti, peratus tertinggi di Asia. Statistik menunjukkan kadar obesiti di Malaysia meningkat dengan cepat. Data menunjukkan obesiti meningkat mengikut umur iaitu 6.6% di kalangan berumur 6 tahun, naik kepada 13.8% bagi mereka berumur 10 tahun. Perbezaan antara etnik juga berlaku terutama di kalangan kanak-kanak lelaki dengan 16.8% kanak-kanak Melayu mengalami obesiti berbanding 11% kanak-kanak Cina dan India.

BAGAIMANA MENGUKUR OBESITI

Indeks Jisim Tubuh (IJM) adalah satu penunjuk pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.
IJM = Berat badan (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)
Klasisifikasi WHO untuk berat badan orang dewasa berdasarkan IJT:
Kelasifikasi
IJT (kg/m2)
Risiko Penyakit
Kurang berat badan
<18.5
Rendah
Normal
18.5 ~ 24.9
Biasa
Berat badan berlebihan
>25.0
Pra obesiti
25.0 ~ 29.9
Agak tinggi
Obesiti kelas 1
30.0 ~ 34.9
Sederhana
Obesiti kelas 2
35.0 ~ 39.9
Tinggi
Obesiti kelas 3
>40.0
Terlalu tinggi

GEJALA OBESITI

  1. Tubuh menjadi tidak menarik (gemuk).
  2. Sesak nafas bila melakukan aktiviti.
  3. Sakit sendi.
  4. Fatty liver.
  5. Mati pada tahap muda.

PENYAKIT AKIBAT OBESITI

  1. Penyakit jantung.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Osteoartritis.
  4. Kencing manis.
  5. Barah.

PERAWATAN HERBA HPA 

Dalam usaha untuk mengatasi masalah obesiti ini, beberapa langkah perlu diambil oleh mereka yang menghadapi masalah ini seperti:
  1. Merawat sistem hati dengan pengamalan D’Det.
D’Tork mengandungi ramuan 28 herba pahit yang diperkayakan dengan spirulina, mampu menembusi meridian hati dan memperbaiki organ-organ di dalam sistemnya.
  1. Menghalang pembentukan lemak yang baru dengan mengambil Stoma-K.
Stoma-K mengandungi HCA yang berfungsi untuk menghalang pembentukan lemak yang baru dan mengurangi rasa lapar.
  1. Membuang lemak melalui ikatan Kitosan dan Stoma-K.
  1. Menambahkan serat melalui Teh Herba / Teh Asiatica dan Spirulina.
Serat membantu untuk menyerap lemak, kolestrol, gula dan air yang berlebihan di dalam usus dan melawaskan pembuangan tinja.
5. Mengamalkan Kopi Radix terutama waktu pagi