Pages

BATUK

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Begitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilannya disinergikan dengan biji selasih, kurma merah, halwa kundur dan lain-lain lagi.

Batuk dapat dilegakan dengan madu yang dicampur halia merah (bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADUlIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu diambil dengan perahan limau/jeruk (ind) nipis bersamanya. Perahkan searuh limau kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-sedikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-sedikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah...


Dipetik dari JAWI medicinal herbs 3
Ke Arah Merealisasikan Perubatan Jawi
muka surat 38

KEAJAIBAN OTAK MANUSIA


20 Rejab 1431H
Oleh : Seri Budiman

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
HERBALOGI
PENGENALAN

Perubatan herba merupakan di antara
kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80%
...komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.


Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan
pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden
serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan
melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.


Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian
tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya
melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia
terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental,
emosi dan fizikal.


Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua
orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari
petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk
seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.


Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan
keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom
penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang
diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan
bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh
Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.




BIARKAN MAKANAN MENJADI UBAT

Disamping memberikan ubatan herba;
seseorang herbalis perlu mencari dan memperbaiki berbagai faktor yang
mempengaruhi kesihatan pesakit. Makanan yang tertentu banyak mempengaruhi tahap
kesihatan seseorang. Herbalis membantu pesakit mendapatkan makanan yang berzat,
vitamin, mineral dan unsur-unsur yang lain. Sebahagian orang mempunyai tindak
balas elergi (alahan) ataupun sensitif dalam makanan tertentu. Tujuan daripada
pengubatan herba adalah untuk mengatasi kekurangan tersebut dan secara umum
meningkatkan daya hidupnya (vitality).



Stress atau tekanan adalah faktor yang akan memperkembangkan penyakit, dengan
ini herbalis akan mengajar teknik pernafasan dan menggunakan beberapa kaedah
seperti aromaterapi, sauna, hipnotis dan riadah alami. Terdapat beberapa jenis
herba yang menolong memberikan kesan sedatif ringan dan membolehkan pesakit
mendapat tidur yang berkualiti. Herba tersebut adalah seperti mengkudu dan akar
lalang.



HERBA UBATAN

Prinsip utama herbalogi ialah
menggunakan semurni mungkin bahan-bahan daripada herba. Keseragaman kimia
menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh. Dengan kaedah mengambil
bahan-bahan aktif tertentu sahaja akan mengakibatkan berlakunya kesan-kesan
sampingan dan tidak efektif disebabkan ketidakseimbangan biokimia.



TUMBUHAN

Herbalogi tidak menggunakan bahan
isolasi ataupun bahan kimia sintetik atau ubatan dadah. Keseimbangan dan
kepelbagaian bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan (fitokimia) menghasilkan
aktiviti yang luas di dalam tubuh; ini juga dapat mengelakkan berlakunya kesan
sampingan.



Banyak contoh penelitian apabila bahan aktif yang tertentu sahaja (ekstrak
tungal) yang digunakan ia menghasilkan bahan yang sangat beracun dan tidak
efektif. Bahan kimia kompleks dalam tumbuh-tumbuhan lebih mudah dicerna dan
lebih sedikit kesan sampingannya. Oleh sebab itu apabila terdapt 40 jenis bahan
aktif dalam sesuatau herba lebih baik pengambilannya dalam bentuk gabungan
alami. Selain daripada itu herba sering disinergikan bagi menguatkan potensi
ramuan tersebut. Herba memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu
penyembuhan.



SIFAT PENYAKIT


Sakit adalah hasil kerja tubuh dalam
usahanya untuk memulih keseimbangan dan keselarasan; oleh sebab itu pengubatan
ditujukan untuk mendokong mekanisma penyembuhan diri tubuh (self healing
mechanism), bukan menekannya. Sakit sebenarnya adalah perlawanan tubuh terhadap
penyakit; oleh itu dengan menghilangkan tanda penyakit tidak bererti
menghilangkan penyakit; mungkin hanya tandanya sahaja yang dihilangkan (rawatan
simtom).



Herbalisma berupaya mempertahankan fungsi normal tubuh sesihatnya. Tubuh
mengeluarkan zat racun melalui organ penyingkiran, oleh sebab itu perlu dijaga
organ-organ ini seperti usus besar dan ginjal. Sistem peredaran darah juga
penting dan banyak herba yang digunakan untuk melancarkan peredaran darah
keseluruh tubuh.


Herba yang diberikan bersifat perangsang atau meredakan tekanan pada saraf.
Boleh juga diberikan ubat yang akan mengembalikan fungsi normal saraf setelah
ia mengalami stress. Memulihkan keseimbangan atau homeostasis adalah tujuan
herbalis dalam merawati penyakit. Istilah yang tepat untuk mengamalkan hal ini
ialah adaptogenis. herba-herba digunakan terutama untuk mendokong fungsi
kelenjar adrenal. Menurut herbalisma; mengenal penyakit bererti mengenal
seluruh tubuh peribadi pesakit, reaksinya terhadap penyakit, potensi semua
fungsi tubuh untuk mengembalikan kesihatan. Fungsi tubuh ini bergantung kepada
kesediaan makanan, peredaran darah, penyingkiran bahan beracun, kerja sistem
saraf yang baik dan kesimbangan hormon.


PENGAJARAN DAN PENGHARAPAN



Seorang herbalis yang terlatih perlu
mempunyai pengalaman yang luas bagi memastikan herba dan penentuan penyakit
tepat dengan melakukan diagnosa. Ilmu pengubatan herba bukan sekadar
perbincangan ilmiah yang bersifat teori dan retorik semata-mata; lantas
meninggalkan medan amali.



Gabungan dripada pelbagai kemahiran inilah yang akan mengangkat martabat seseorang
herbalis itu diterima oleh masyarakat tanpa keraguan. Sekiranya dunia yang
membangun bersama slogan "Kembali Kepada Alamiah" tidak ditanggapi
oleh herbalis tempatan nanti segala hasil bumi yang diwariskan kepada
hamba-hamba-NYA akan diambil orang.



(Dipetik drpd Buku “Pengubatan
Holistik (JAWI) HHC kali pertama pada 24 Jan 2004)See More