Pages

LANJUTAN TEMPOH PEMBELIAN DI CAWANGAN

                                 
MEMO


TARIKH : 31 MAC 2011M / 26 RABIUL AKHIR 1432H
KEPADA : SEMUA PENGEDAR
DARIPADA : BAHAGIAN MIS
TAJUK : LANJUTAN TEMPOH PEMBELIAN DI CAWANGAN

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat akan melanjutkan tempoh maintain pembelian di cawangan bagi bulan Mac 2011 sehingga 7 April 2011.

Sekian, Terima Kasih.

“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA TM”



MAJLIS MENGISI DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

KULIAH PERUBATAN JAWI BERSAMA HERBALIS HJ RAMLY AHMAD


PROGRAM "SEPAKAT BERKAT" DISAMPAIKAN OLEH TUAN HAJI KHALID ISKRI

PROGRAM "KRISIS DAN SOLUSI" DISAMPAIKAN OLEH TUAN HAJI KHALID BIN ISKRI

PEMBUKAAN SEMULA SAHAM DAN KEANGGOTAAN KoWAHIDA

PERHATIAN: Merujuk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh pihak ALK Kowahida, penambahan saham dan keahlian baru koperasi telah dibuka semula bermula dari tarikh 9 Mac 2011.

Sehubungan itu, minima modal saham adalah sebanyak RM 200.00 manakala maksimum modal saham sebanyak RM 100 000.00 dan fi masuk untuk menjadi anggota kowahida adalah sebanyak RM 20.00 tertakluk pada pindaan melalui persetujuan Mesyuarat Agung Pewakilan Tahunan pada 19 jun 2010 didaftarkan dibawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993.Ditandatangani dan dimenterai 19hb Januari 2011 .

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak Cawangan yang berhampiran atau terus dengan pejabat KoWahida – 04-9773813 / 14

PERJUMPAAN BERSAMA DENGAN PELAPIS PJS PADA 26 MAC 2011




JAWATAN KOSONG DI PENTADBIRAN HPA ZON BORNEO DI KUCHING SARAWAK

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG KUCHING SARAWAK

Kini Radix Goat boleh di tempah terus dari Koperasi

Salam pada seluruh pengedar HPA
Mulai besok tuan dan puan para pengedar boleh menempah produk RadIx Goat melalui koperasi.
Sila hubungi pegawai Koperasi untuk tujuan tersebut.
Wasallam

PEMBUKAAN SEMULA SAHAM DAN KEANGGOTAAN KOWAHIDA

PERHATIAN: Merujuk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh pihak ALK Kowahida, penambahan saham dan keahlian baru koperasi telah dibuka semula bermula dari tarikh 9 Mac 2011.

Sehubungan itu, minima modal saham adalah sebanyak RM 200.00 manakala maksimum modal saham sebanyak RM 100 000.00 dan fi masuk untuk menjadi anggota kowahida adalah sebanyak RM 20.00 tertakluk pada pindaan melalui persetujuan Mesyuarat Agung Pewakilan Tahunan pada 19 jun 2010 didaftarkan dibawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993.Ditandatangani dan dimenterai 19hb Januari 2011 .

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak Cawangan yang berhampiran atau terus dengan pejabat Kowahida.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERSAMA MENGHADIRI "PROGRAM SEPAKAT BERKAT"

MALAM KESENIAN ISLAM ANJURAN HPA






Malam Kesenian Islam anjuran HPA di Dewan Masyarakat Semalatong yang diserikan dengan kehadiran kumpulan UNIC yang berpeluang mendendangkan beberapa buah lagu dalam program Malam Kesenian Islam HPA. Sebelum persembahan, Haji Wahid bin Mat yang merupakan wakil bagi Unit Projek Zon Borneo turut berucap di dalam Bahasa Iban bagi memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan tujuan kedatangan pihak HPA ke sana serta rasional perlaksanaan projek penanaman padi huma ini diadakan. Program pada malam tersebut diakhiri dengan pihak HPA & para peserta projek penanaman padi huma saling bertukar cenderahati. Apa yang menariknya, cenderahati daripada pihak peserta kepada Tuan Pengarah Urusan adalah berupa beras daripada padi hasil tuaian Tuan Pengarah Urusan sendiri!     

Semoga kehadiran HPA ke Simunjan dapat memberikan impak yang mendalam di hati-hati masyarakat di sana, dalam menzahirkan perjuangannya memartabatkan produk halal yang tidak mengira bangsa dan agama. Kerana sesungguhnya Halal Itu Untuk Semua, maka HPA juga sudah semestinya untuk semua!


“Produk Halal Tanggungjawab Bersama”

PROGRAM PERASMIAN MENUAI PADI HUMA DI SIMUNJAN SARAWAK



LAWATAN PENGARAH URUSAN 1 HPA IND. SDN. BHD. KE LADANG TANAMAN PADI HUMA




PERASMIAN MENUAI PADI




ACARA MEMPROSES PADI HUMA




AlhamduliLLAHirabbil ‘alameen,
Pada Ahad 20 Mac 2011 yang lepas, rombongan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad telah berkunjung ke Simunjan, Sarawak untuk Majlis Perasmian Menuai Padi Huma HPA. Antara yang turut hadir adalah Pengurus Besar R&D HPA, En Abdul Ghani Hussein, wartawan IKON serta tidak ketinggalan juga – Kumpulan UNIC!

Antara acara menarik yang berlangsung pada hari itu adalah Tuan Pengarah Urusan sendiri yang sudi turun padang mengikuti demonstrasi menuai padi (bahasa Iban – ngetau) selama lebih daripada setengah jam di tanah bertuah tersebut. Program kemudiannya terus beralih tempat ke Dewan Masyarakat Semalatong, Simunjan di mana kemuncak perasmian pada hari itu adalah demonstrasi melerai padi (ngunjun), menampi, mengisar dan menumbuk padi (nutok) yang turut disertai sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan.

“Produk Halal Tanggungjawab Bersama”

PBC MIRI 9-10 APRIL 2011

JANGAN LEPASKAN PELUANG MENGHADIRI KPJ BERSAMA PENGARAH URUSAN


AYUH GEMPUR RAMAI-RAMAI..JANGAN LEPASKAN PELUANG

HEBAHAN SIJIL HERBALIS 20 KINI DIBUKA

Alhamdulillah,InsyaAllah HPA akan mengadakan
PROGRAM SIJIL HERBALIS KALI KE 20
pada
29 mei 2011 - 18 jun 2011.

Yuran : RM 3000 (merangkumi makanan,penginapan,modul,pengangkutan,bahan kursus dan sebagai nya)

Untuk pendaftaran dan maklumat selebih nya sila hubungi :
- Muhammad Luthfi Ibrahim 0135307157
- Azira binti Mamat 0194548727
- Norasyikin Balkhis 0196330727



Aktiviti Koperasi terhadap Kopi Radix

Koperasi Wahida kini berjaya menyelasaikan sebahagian masaalah dengan kerjasama HPA bagi tujuan pasaran kopi radix. Bagi Agen Stok Malaysia yang ingin oder pada nilaian minima RM 1200 sila hubungi terus ke En Naim 0124944778.

Program Bersepadu Borneo BERJAYA

Salam

Tahniah kepada
Staf HPA Borneo
Komuniti Sarawak
Komuniti Sabah
Komuniti Brunei
Penceramah dan Motivator Jemputan
(PJS Aznan,PJS Ust Ramizu,PJS Hafidzan,PJS Hj Khalid,PJS Saifurain dan semua sekali)

Komuniti MIRI yang bergerak cergas
Di atas kejayaan yang sungguh baik dalam menjayakan Program Bersepadu
BENGKEL AGEN STOK
SEMINAR MLMS
MEGA PBC
PERASMIAN PELAPIS
KPJ KHAS

SIstem Agen Stok LENGKAP

Salam
Alhamdulillah sistem perisian terkini Agen Stok secara online LENGKAP akan di lancarkan besok di MIRI dan selepas ini akan di perluaskam ke seluruh Malaysia dan kita menjangkakan selewat lewatnya bulan jun 2011 semua agen stok akan menggunakan sistem tersebut dan persyaratan baru permohonan agen stok adalah memiliki perisian tersebut.
Selepas ini tuan dan puan selaku agen stok sila mendapatkan perisian tersebut yang dijual melalui Ko Wahida dengan menghubungi pejabat Koperasi Wahida pada waktu pejabat atau menghubungi terus En Zikry 0174253342 atau En Yazid 0175510046. Perisian tersebut akan mula di jual pada minggu hadapan.

Terma order
RM 400 di bayar secara berperingkat selama 4 bulan
Pembayaran awal secara tunai di online ke akaun Koperasi Wahida
Pembayaran selanjutnya di buat secara potongan bonus
Wasallam

Program Bersepadu HPA Borneo & Mini Konvek HPA 2011,Miri Sarawak



Seminar MLMS HPA, Miri Sarawak







Seminar Agen Stok HPA – Sistem secara online