Pages

YANG DITUNGGU TELAH TIBA!


AYUH GEMPUR!!


KURSUS INDUKSI, PENGETAHUAN PRODUK DAN PENGUCAPAN AWAM



From Desktop

Kursus Induksi, Pengetahuan Produk dan Pengucapan Awam diadakan di Sungai Petani. Ianya di hadiri oleh semua pekerja-pekerja Cawangan, Halal Mart dan Kiosk HPA diseluruh Malaysia, Thailand dan Brunei. Kursus ini adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan HPA.

Mengemas kini syarat penajaan semula

Salam

Penajaan semula ada beberapa syarat tambahan yang perlu di lakukan supaya tidak ujud kes penipuan.

1. Penajaan semula hendaklah di buat oleh tuan tubuh berkenaan dan di kehendaki untuk mengisi borang khas yang boleh didapati di semua cawangan mulai minggu hadapan 23hb Jan 2011.

2. Salinan photostat kad pengenalan adalah suatu kewajipan.

3. Perlu tandatangan dalam borang tersebut bagi mereka yang hendak menaja dan mereka yang hendak di taja semula di dalam borang tersebut.

4. Sekiranya didapati pengaduan orang yang hendak di taja semula tidak tahu menahu dan berlaku penipuan mengenai salah laku meniru tanda tangan dan di dapati benar akan kesalahan tersebut, maka pihak syarikat tidak akan teragak agak mengambil tindakan tata tertib kepada mereka yang terlibat dalam melakukan kesalahan tersebut.

Pada Agen Stok Seluruh Malaysia

Salam
Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. Kita akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011.
Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.
Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.

Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.

KEMBALI KEPADA PRODUK HERBA

Ketika lambakan syarikat MLM di Malaysia sekitar tahun 80an dan 90an dahulu, pelbagai produk diketengahkan oleh pelbagai syarikat. Sama ada syarikat itu milik rakyat tempatan atau pun rangkain dari luar negara, kebanyakannya berdagang atas nama produk kegunaan harian.
Ada yang berniaga dengan hanya satu produk sahaja, malah banyak juga yang berniaga atas pelbagai produk. namun semuanya menggunakan strategi sama, iaitu menyakinkan pengguna dan pengedar bahawa produk mereka adalah yang terbaik.
Kehadiran HPA sekitar tahun 90an banyak membuka mata masyarakat Malaysia, khususnya kepada peminat MLM. Statusnya sebagai syarikat Bumiputera Islam dan berdagang produk tempatan berasaskan herba berjaya membuka mata banyak pihak. Ketika satu demi satu syarikat MLM gulung tikar, HPA terus mengorak langkah, malah mampu bersaing bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke persada antarabangsa.
Ramai ahli dan pemimpin HPA masakini lupa bahawa HPA berdiri atas kekuatannya sendiri. Kehadiran lambakan pelbagai produk kegunaan harian sedikit sebanyak menenggelamkan kekuatan sebenar HPA. Ahli dan pengedar kebanyakannya menggempur produk-produk kegunaan harian atas nama produk halal, selaras dengan slogan HPA “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”.
Dalam keghairahan ini, produk asas HPA yang berasaskan herba makin dilupakan. Padahal kekuatan sebenarnya terletak kepada produk-produk tersebut. Jika diimbau kisah-kisah silam, para pemimpin lalu berjuang dan berdagang dengan hanya produk herba sahaja. Ramai di kalangan mereka yang mahir dalam rawatan, sama ada diagnos menggunakan tapak tangan, kiropraktik, berkam, iridologi dan juga akupuntur.
Cuma para perawat ini makin tenggelam apabila para pemimpin kurang memberi fokus kepada produk herba. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kita sama-sama kembali kepada asas perjuangan ini, iaitu memertabatkan produk herba demi masa depan maruah pengubatan Ilahiah dan Alamiah yang lahir dan bertunjang di negara kita.
Sekian…….
Nukilan rasa
PJS Ismail Othman

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU - TENAGA & WARNA ALAM


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'alam.