HERBA TUJU ANGIN
Komposisi :
Cinnamomum iners, Vitex pubescens, Micromelium pubescens, Mirinda eliptica
I) Cinnamomum iners
Nama :
Teja Lawang, Medang Teja atau Medang Kemangi
Nama saintifik :
Cinnamomum iners
Famili :
Lauranceace
Ciri-ciri tumbuhan :
Sejenis pokok bersaiz sederhana, bercabang, kulit batang kelabu dan licin, batang berwarna perang kekuning-kuningan, sederhana keras, berkilat, licin dan beraroma. Daunnya tersusun bertentangan, licin, tebal, bentuk bujur, panjang 8 cm hingga 16 cm dan lebar boleh mencapai sehingga 13 cm, mempunyai tiga urat. Ia mempunyai bunga yang kecil dan berwarna kekuning-kuningan. Buah lebih kurang 10 mm panjang.
II) Vitex pubescens
Nama:
Halban, Laban, Leban, Leban Tanduk dan Leban Nasi-nasi
Nama saintifik :
Vitex pubescens
Famili :
verbenaceae
Ciri-ciri tumbuhan :
Tumbuhan berupa pohon, tingginya mencapai 25 m, diameter batang 35-45 cm, pohon ini mempunyai banyak cabang yang tidak lurus/bengkok serta tidak teratur. Kayunya cukup keras, padat, seratnya lurus, warnanya berselang-seli coklat kuning dan coklat pudar tua.
Duduk daun berhadapan, umumnya 3-5 daun.Bentuk daun bundar telur sampai ke lonjong/elip dan meruncing ke hujung dan ke pangkal daun. Perbungaan terdapat di ujung batang atau di ketiak daunn, warna bunga biru tetapi sebelah dalam agak keungguan. Buah termasuk buah batu, bentuk bulat dan sedikit air.
III) Morinda elliptica
Nama :
Noni, Mengkudu Hitam
Nama saintifik :
Morinda elliptica
Famili :
Rubiaceae
Ciri-ciri tumbuhan :
Tumbuhan bersaiz sederhana, boleh mencapai ketinggian sehingga 3m hingga 10m. Daunnya berbentuk elips, warna hijau berkilat. Jambak bunga pendek dan menghasilkan bunga berwarna putih dna tersusun padat. Buah masak adalah lembut, berwarna putih atau kehijau-hijaun, masam dan berbau tengit.
Kegunaan :
Arteriosklerosis, asma, kecing manis, rheumatik, kesuburan, melancarkan haid, penyakit hati beri-beri dan penyakit kulit seperti kudis buta, ulser, luka dna psoriasis
Kandungan bahan kimia :
Alizarin, asperulosid, xeronin, asid askorbik, potasium, morindin, skolopetin, karatenoid, riboflavin, niasin, B-sitosterol, alkaloid dan flavon glikosida. Selain itu mengkudu juga turut mengandungi alkaloid, marindone, acudin dan antrakuinon.
Mengandungi 7 herba dengan bahan utama pohon teja (cinnamomum iners). Mengandungi minyak sari yang memberikan kesan sinergi seperti berikut :
- Menguatkan jantung dan mengelakkan dari berlakunya serangan jantung. Apabila jantung menjadi sihat, organ tubuh juga menjadi sihat kerana mendapat oksigen yang mencukupi.
- Peredaran darah yang tidak baik akan menyebabkan tubuh kekurangan oksigen dan sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti kanser dll
- Bertindak sebagai pelawas dan mengelakkan berlakunya kanser usus.
- Menghilangkan migrain
- Menjadi ubat gastrik (kapsul dibuka dan dibancuh bersama air)
- Mengurangi masalah asidosis/gas/angin dalam perut yang menyebabkan tubuh menjadi lemah/mengantuk dan sakit sendi.
- Mengecilkan ketumbuhan kerana ia bersifat astringen
(SUMBER : BUKU PINTAR PRODUK)