Pages

Khurafat

Hari ini kita berhadapan dengan zaman jahiliah moden yang membangkitkan kembali amalan amalan sebelum kedatangan Islam sebagai satu "kehebatan". Belajar meramal berdasarkan tarikh lahir,bintang dan sebagainya. Kitab Mujarabat yang penuh dengan mentera dan wafak dijadikan rujukan dengan alasan "orang yang mengerti sahaja yang mampu mengambil manafaatnya". Mereka yang menolak penggunaan pengubatan ini dikatakan jahil dan mempunyai fahaman wahabi.
Kitab-kitab yang lain seperti " bintang 12","pati rahsia" itu lebih dipelajari daripada memahami hadis-hadis sohih dan al Quran. Jika membahaskan ayat-ayat al Quran,mereka cenderong mencari ayat-ayat mutasyabihat dari melihat ayat-ayat yang nyata dan terang disamping membicarakan ilmu laduni(terus dari Allah). Hujah dari ilmu laduni tidak boleh dipertikaikan oleh pengikut sebab langsung dari Allah. Alasan bodoh ini membolehkan sang guru terus memperbodohkan manusia yang suka mencari sesuatu kelebihan(mistik ).

Kenapa keadaan ini boleh berlaku? jawapannya kerana ilmu itu dipelajari untuk membanggakan/melebihkan diri di kalangan orang ramai. Mereka juga mencetak gambar tuan-tuan guru sebagai tokoh untuk disanjungi dan diagungkan. Pemujaan tokoh akan mematikan hati dan iman sehingga mereka memahami selain dari Rasullulah saw ada lagi manusia yang maksum(tidak melakukan kesalahan) itulah guru mereka yang mendapat ilmu terus dari Allah.

Hancurlah ugama kalau semua orang mengaku mendapat ilmu terus dari Allah. Tidak perlu Nabi dan tidak perlu Al Quran dan secara tidak sedar mereka yang mendakwa itu kebanyakanya
tidak lebih dari mencari porpulariti dan tertipu dengan ramainya manusia yang datang menemuinya.

Ulamak pewaris para Nabi pula ialah mereka yang akan mempertahankan al- Quran dan Hadist melebihi dari kepentingan diri mereka sendiri. Mereka rela mempertahankan kebenaran walaupun bersendirian dan tidak tertakluk kepada tekanan di kiri dan kanannya. Mereka berjuang demi ugama bukan peribadi dan mereka takut hanya pada Allah dan hari penghisaban kelak. Semoga kita termasuk didalam kumpulan tersebut.Amin.